Friday, May 9, 2008



CEKUR MANIS






Nama saintifiknya sauropus androgynus juga digemari sebagai ulam.Cekur manis mengandungi vitamin B,C protein dan juga mineral.Kandungan nutriennya semakin tinggi jika daunnya semakin tua.

Dalam perubatan tradisional, cekur manis disarankan kepada ibu-ibu mengandung khususnya untuk memperbanyakkan susu selepas melahirkan anak.Caranya ialah dengan menghancurkan daunnya dan menampal pada payu dara si ibu.Bukan sekadar itu,cekur manis yang dijuskan juga mujarab untuk mengubati sakit mata dan meredakan demam dan panas badan.

SELOM

Dalam kelompok ulam-ulaman,pasti daun selom tidak ketinggalan.Dari keluarga Umbeliferae, selom atau nama saintifiknya Oenanthe javanica cukup digemari kerana baunya yang wangi serta kerangupannya.Paling berkhasiat lagi kerana fungsinya yang mampu membersihkan darah dan mencuci toksik di dalam badan.


PUDINA





Pudina atau nama saintifiknya mentha arvensis memang dikenali sebagai daun hiasan masakan.Dalam perubatan tradisional telah digunakan sebagai penawar masalah batuk berpanjangan.Bukan hanya itu sahaja digunakan untuk mengubati penyakit berkaitan dengan paru-paru seperti selesema dan demam selesema.Ia juga digunakan untuk membuang angin dalam badan dan mengubat penyakit ruam kulit.




PUCUK PUTAT


Nama botaninya Barringtonia J.R Forster merupakan sejenis tumbuhan yang hidup liar di kawasan pinggir,sungai persisiran pantai.Species yang digunakan sebagai ubat herba adalah B.Acutangula (L) Gaertn, B.asiatica (L) Kurz, B.macrostachya (Jack) Kurz, dan B.Racermosa (L) Spreng.Pucuk putat daun muda spesies B.acutangula dan B.racemosa boleh dimakan sebagai ulam.Manakala pokok spesies B.asiatica boleh ditanam sebagai hiasan,dijadikan penghalang angin.Bukan itu sahaja kayunya yang sudah dimasukkan bahan awet dan penghalau serangga digunakan untuk membuat kabinet.Namun begitu B.acutangula tidak sesuai dijadikan ubat herba oleh wanita kerana mempunyai sifat konseptif.















KEMANGI





Kemangi (ocimum basilicum) merupakan sejenis tumbuhan herba sangat popolar.Ia merupakan sejenis tumbuhan beraroma dengan bau dengan bau yang tajam seakan-akan limau.Kemangi dimanfaatkan untuk mengatasi kembung perut.Apabila bayi dan anak anda menderita kembung atau demam,sapukan saja ramas kemangi bersama bawang merah dan minyak kelapa pada bahagian perut,dada dan belakang.

MISAI KUCING

Misai kucing nama saintifiknya ialah orthosiphon stamenius,benth dari keluarga lamiaceas ,merupakan sejenis tumbuhan tropika yang terdapat di negara kita.Ianya pokok herba renek yang tumbuh hingga mencapai ketinggian 1.5 meter.Ia merupakan sejenis pokok berbunga dan sering menjadi hiasan di halaman rumah terutamanya di kampung.
Air rebusannya jika diminum sebanyak dua atau tiga gelas sehari dapat menyembuhkan penyakit kencing manis.Bahkan air rebusan tersebut dipercayai boleh membantu mengelakkan penyakit batu karang,gout dan reumatik.Bagi wanita yang punyai keputihan pula,minumlah air rebusan akarnya sehari dua kali.Insya-Allah keputihan akan hilang dan segala masalah dapat diatasi.

KETUMPANG AIR



Nama botaninya peperomia pellucida boleh ditemui di tepi-tepi longkang ataupun celah-celah rekahan simen di tepi rumah.Ia juga di kenali dengan nama shiny bush, rangu (Indonesia), suna-kosho (Jepun), olasiman ihalas (Filipina), pak krasang (Thailand) dan cang cua (Vietnam).Herba ini tumbuh menegak dengan ketinggian boleh mencapai satu kaki iaitu kira-kira 25 hingga 30 sentimeter.Batangnya dari jenis berair dan berwarna hijau muda.Daunya berkilat di bahagian atas dan kelabu bahagian bawahnya.Buahnya bulat kecil berbentuk bujur warna hijau ketika muda dan coklat ketika matangnya.


Khasiatnya cukup hebat sekali.Untuk di minum,bersihkan pokok herba ini terlebih dahulu,kemudian kisarkan sebatang pokok bersama akarnya dengan air masak.Setelah ianya hancur di tapis dan minumlah air rebusan tadi.Daunnya mampu untuk merawat artritis,reumatisme,penawar sakit sendi dan perut.Jusnya mengelakkan jangkitan pada mata,cirit-birit,batuk,selsema,jangkitan pada pundi kencing.