Thursday, January 15, 2009

Aloe Vera

Aloe Vera dikenali juga sebagai Aloe.Ia adalah sejenis pokok herba berkhasiat dan terkenal sejak zaman dahulu lagi.Sebagai pokok hiasan ia ditanam kerama mempunyai bentuk,warna dan corak dedaunnya yang unik dan menarik.Daunnya panjang serta tirus di hujung dan bergigiseperti gergaji di tepi dedaunnya.Rupanya ini seakan-akan lidah seekor buaya.Sebab itulah ia lebih dikenali sebagai pokok Lidah Buaya di kalangan masyarakat kita.Daunnya berwarna hijau dan berbintik bintik serta berlendir.Pokok yang ditanam tidak mengeluarkan bunga,namun pokok liar berkemungkinan berbunga.Pokok herba jenis senang ditanam dan tidak cerewet dari segi penjagaannya.
Aloe vera adalah sejenis pokok herba yang banyak kegunaannya seperti boleh menyembuhkan luka,mengurangkan kesan akibat melecur atau terbakar pada kulit dan juga bolh dijadikan syampu untuk merawat rambut yang tidak bermaya.

Sunday, July 6, 2008

Belimbing Buluh



Belimbing buluh sejenis tumbuhan tempatan yang ditanam untuk mendapatkan buahnya.Rasanya masam dan banyak digunakan dalam pelbagai masakan seperti sambal belacan,masak lemak dan sebagainya.Buah belimbing buluh yang juga dikenali sebagai averrhoa belimbi linn,bernilai tinggi dari segi perubatan.Tumbuhan yang berasal dari keluarga oxalidaceae berkesan untuk melicinkan kulit muka serta mengatasi masalah jerawat.Buahnya diparut kemudian dicampur dengan sedikit garam dan sapu ke kulit muka.Jus buah belimbing buluh berkesan untuk melegakan penyakit tekanan darah tinggi,kencing manis dan pitam.Ia juga berkesan untuk melegakan masalah batuk.Caranya adalah dengan merebus buah,daun dan bunga belimbing buluh kemudian airnya diminum setiap pagi dan petang.Bunga belimbing buluh juga mujarab untuk merawat sakit gigi.

Betik Muda



Tumit kaki yang pecah-pecah sering kali membuatkan kaki kelihatan tidak cantik.Masalah ini menyebabkan kaki terasa sakit sewaktu berjalan.Tabiat memijak lantai simen tanpa memakai kasut atau alahan terhadap bahan kimia seperti sabun pencuci adalah di antara punca-punca yang menyebabkan tumit kaki pecah-pecah.Salah satu daripada rawatan-rawatan tradisional bagi mengubati masalah ini ialah dengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua kemudian ambil getahnya dan sapu di bahagian tumit yang pecah-pecah.Pastikan tumit telah dibersihkan terlebih dahulu.Untuk mengelakkan daripada membazir,pilihlah buah betik muda yang kecil kerana selepas digunakan buah itu biasanya dibuang.Lakukan sekerap mungkin hingga keadaan tumit beransur sembuh.

Tuesday, June 17, 2008

Pisang kaki


Pisang kaki sejenis buah berkhasiat mengandungi vitamin C,glukos,sukros,fruktos dan iodin,bernilai tinggi dari segi perubatan.Ia amat berkhasiat dalam menurunkan tekanan darah tinggi,meningkatkan pengaliran darah dalam pembuluh darah koronari,mengatasi masalah sembelit dan meredakan sedu.Sungguhpun buah ini disebut pisang dan berwarna kuning,tetapi bentuk serta sisinya tidak menyerupai pisang-pisang biasa yang lain.Buah yang berbentuk bulat,berisi rangup dan berbiji ini berasal dari keluarga Ebenacea.Ia lazat dimakan segar ataupun dalam bentuk kering.Serbuk putih yang terdapat pada permukaan buah pisang kaki yang kering juga manis rasanya.Serbuk putihnya baik untuk paru-paru dan jantung.

Monday, June 16, 2008

PATAWALI



Patawali sejenis tumbuhan yang ditaman khusus untuk tujuan perubatan.Ia juga dikenali sebagai akar seruntum disesetengah tempat.Nama sainsnyaTinospora Crispa Miers dan berasal dari keluarga Menispermaceae.Patawali mudah dikenali melalui batangnya yang berkerutu,daunnya yang lebar dan hidup menjalar dia atas pagar.Rasanya pahit bukan kepalang tetapi khasiatnya amatlah tinggi dari segi perubatan.Batang patawali digunakan untuk merawat sakit perut,demam,tekakanh darah tinggi,kencing manis dan juga penyakit kelamin dikenali sebagai gonorea.Ia juga mujarab bagi mengatasi masalah cacing di kalangan kanak-kanak dengan cara merebus batangnya,kemudian ditapis dan airnya diminum segelas sehari.Air rebusan patawali juga boleh membersihkan darah,berkesan dalam menjauhkan jangkitan virus dan bakteria serta mujarab untuk membunuh kuman dan menyembuhkan luka.Caranya adalah dengan menumbuk batangnya hingga halus kemudian dicampur dengan belerang sebelum disapu di bahagian luka.Kajian saintifik yang dijalankan ke atas patawali menunjukkan tumbuhan itu mengandungi sejenis bahan dipanggil jattrorrhizine yang dikatakn mujarab untuk menjauhkan penyakit demam malaria.

BUNGA TANJUNG


Spanish Cherry atau bunga tanjung sejenis tumbuhan yang beasal dari keluarga sapotaceae.Pokok itu,yang tumbuh hingga paras 20 meter,mengeluarkan bunga-bunga kecil berbau harum yang bertindak sebagai perangsang dari segi perubatan.kulit pokok bunga tanjung dirabus untuk dibuat tonik yang pedar dan pahit rasanya.digunakan dalam perubatan tradisional utuk mengubati demam, kudis buta dan penyakit kulit dikenali sebagai eczema.disamping itu kulit dan daun ditumbuk lumat untuk digunakan sebagai ubat sapu bagi menghilangkan bisa dipatuk ular.Di indonesia,daunbunga tanjung digunakan sebagai satu kaedah perubatan untuk merawat sama,tonsilitis,vertigo atau pening-pening akibat gayat dan angina atau pedih dada.dikenalisebagai mimusops elengi dari segi saintifik berkesan untuk merawat penyakit disenteri.

Sirih

Piper Betel Linn merupakan nama saintifik bagi pokok sirih yang berasal dari keluarga Piperacaea.Daunnya digunakan untuk pelbagai tujuan,paling ketara sebagai ramuan perubatan.Dalam rawatan tradisional,sirih dimakan bersama gambir untuk mengatasi cirit-birit.Ia juga digunakan untuk merawat hidung berdarah.Daunnya dilipat dan digulung kecil-kecil kemudian dimasukkan ke dalam hidung yang berdarah.Baring dan dongakkan kepala dan pendarahan akan berhenti tidak lama kemudian.
Daun sirih juga berkesan untuk meredakan sakit gigi.Daun sirih yang disapu sedikit kapur dikunyah bersama-sama gambir dan pinang di sebelah gigi yang sakit.Bila sirih lumat,kesakitan di bahagian gigi juga akan hilang.Satu lagi kegunaan daun sirih adalah untuk merelegakan demam panas.Ambil tiga helai daun sirih,ramas dengan sedikit air kemudian dijaramkan di kepala.