Sunday, July 6, 2008

Belimbing Buluh



Belimbing buluh sejenis tumbuhan tempatan yang ditanam untuk mendapatkan buahnya.Rasanya masam dan banyak digunakan dalam pelbagai masakan seperti sambal belacan,masak lemak dan sebagainya.Buah belimbing buluh yang juga dikenali sebagai averrhoa belimbi linn,bernilai tinggi dari segi perubatan.Tumbuhan yang berasal dari keluarga oxalidaceae berkesan untuk melicinkan kulit muka serta mengatasi masalah jerawat.Buahnya diparut kemudian dicampur dengan sedikit garam dan sapu ke kulit muka.Jus buah belimbing buluh berkesan untuk melegakan penyakit tekanan darah tinggi,kencing manis dan pitam.Ia juga berkesan untuk melegakan masalah batuk.Caranya adalah dengan merebus buah,daun dan bunga belimbing buluh kemudian airnya diminum setiap pagi dan petang.Bunga belimbing buluh juga mujarab untuk merawat sakit gigi.

Betik Muda



Tumit kaki yang pecah-pecah sering kali membuatkan kaki kelihatan tidak cantik.Masalah ini menyebabkan kaki terasa sakit sewaktu berjalan.Tabiat memijak lantai simen tanpa memakai kasut atau alahan terhadap bahan kimia seperti sabun pencuci adalah di antara punca-punca yang menyebabkan tumit kaki pecah-pecah.Salah satu daripada rawatan-rawatan tradisional bagi mengubati masalah ini ialah dengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua kemudian ambil getahnya dan sapu di bahagian tumit yang pecah-pecah.Pastikan tumit telah dibersihkan terlebih dahulu.Untuk mengelakkan daripada membazir,pilihlah buah betik muda yang kecil kerana selepas digunakan buah itu biasanya dibuang.Lakukan sekerap mungkin hingga keadaan tumit beransur sembuh.