Monday, June 16, 2008

Sirih

Piper Betel Linn merupakan nama saintifik bagi pokok sirih yang berasal dari keluarga Piperacaea.Daunnya digunakan untuk pelbagai tujuan,paling ketara sebagai ramuan perubatan.Dalam rawatan tradisional,sirih dimakan bersama gambir untuk mengatasi cirit-birit.Ia juga digunakan untuk merawat hidung berdarah.Daunnya dilipat dan digulung kecil-kecil kemudian dimasukkan ke dalam hidung yang berdarah.Baring dan dongakkan kepala dan pendarahan akan berhenti tidak lama kemudian.
Daun sirih juga berkesan untuk meredakan sakit gigi.Daun sirih yang disapu sedikit kapur dikunyah bersama-sama gambir dan pinang di sebelah gigi yang sakit.Bila sirih lumat,kesakitan di bahagian gigi juga akan hilang.Satu lagi kegunaan daun sirih adalah untuk merelegakan demam panas.Ambil tiga helai daun sirih,ramas dengan sedikit air kemudian dijaramkan di kepala.

No comments: