Tuesday, June 17, 2008

Pisang kaki


Pisang kaki sejenis buah berkhasiat mengandungi vitamin C,glukos,sukros,fruktos dan iodin,bernilai tinggi dari segi perubatan.Ia amat berkhasiat dalam menurunkan tekanan darah tinggi,meningkatkan pengaliran darah dalam pembuluh darah koronari,mengatasi masalah sembelit dan meredakan sedu.Sungguhpun buah ini disebut pisang dan berwarna kuning,tetapi bentuk serta sisinya tidak menyerupai pisang-pisang biasa yang lain.Buah yang berbentuk bulat,berisi rangup dan berbiji ini berasal dari keluarga Ebenacea.Ia lazat dimakan segar ataupun dalam bentuk kering.Serbuk putih yang terdapat pada permukaan buah pisang kaki yang kering juga manis rasanya.Serbuk putihnya baik untuk paru-paru dan jantung.

Monday, June 16, 2008

PATAWALI



Patawali sejenis tumbuhan yang ditaman khusus untuk tujuan perubatan.Ia juga dikenali sebagai akar seruntum disesetengah tempat.Nama sainsnyaTinospora Crispa Miers dan berasal dari keluarga Menispermaceae.Patawali mudah dikenali melalui batangnya yang berkerutu,daunnya yang lebar dan hidup menjalar dia atas pagar.Rasanya pahit bukan kepalang tetapi khasiatnya amatlah tinggi dari segi perubatan.Batang patawali digunakan untuk merawat sakit perut,demam,tekakanh darah tinggi,kencing manis dan juga penyakit kelamin dikenali sebagai gonorea.Ia juga mujarab bagi mengatasi masalah cacing di kalangan kanak-kanak dengan cara merebus batangnya,kemudian ditapis dan airnya diminum segelas sehari.Air rebusan patawali juga boleh membersihkan darah,berkesan dalam menjauhkan jangkitan virus dan bakteria serta mujarab untuk membunuh kuman dan menyembuhkan luka.Caranya adalah dengan menumbuk batangnya hingga halus kemudian dicampur dengan belerang sebelum disapu di bahagian luka.Kajian saintifik yang dijalankan ke atas patawali menunjukkan tumbuhan itu mengandungi sejenis bahan dipanggil jattrorrhizine yang dikatakn mujarab untuk menjauhkan penyakit demam malaria.

BUNGA TANJUNG


Spanish Cherry atau bunga tanjung sejenis tumbuhan yang beasal dari keluarga sapotaceae.Pokok itu,yang tumbuh hingga paras 20 meter,mengeluarkan bunga-bunga kecil berbau harum yang bertindak sebagai perangsang dari segi perubatan.kulit pokok bunga tanjung dirabus untuk dibuat tonik yang pedar dan pahit rasanya.digunakan dalam perubatan tradisional utuk mengubati demam, kudis buta dan penyakit kulit dikenali sebagai eczema.disamping itu kulit dan daun ditumbuk lumat untuk digunakan sebagai ubat sapu bagi menghilangkan bisa dipatuk ular.Di indonesia,daunbunga tanjung digunakan sebagai satu kaedah perubatan untuk merawat sama,tonsilitis,vertigo atau pening-pening akibat gayat dan angina atau pedih dada.dikenalisebagai mimusops elengi dari segi saintifik berkesan untuk merawat penyakit disenteri.

Sirih

Piper Betel Linn merupakan nama saintifik bagi pokok sirih yang berasal dari keluarga Piperacaea.Daunnya digunakan untuk pelbagai tujuan,paling ketara sebagai ramuan perubatan.Dalam rawatan tradisional,sirih dimakan bersama gambir untuk mengatasi cirit-birit.Ia juga digunakan untuk merawat hidung berdarah.Daunnya dilipat dan digulung kecil-kecil kemudian dimasukkan ke dalam hidung yang berdarah.Baring dan dongakkan kepala dan pendarahan akan berhenti tidak lama kemudian.
Daun sirih juga berkesan untuk meredakan sakit gigi.Daun sirih yang disapu sedikit kapur dikunyah bersama-sama gambir dan pinang di sebelah gigi yang sakit.Bila sirih lumat,kesakitan di bahagian gigi juga akan hilang.Satu lagi kegunaan daun sirih adalah untuk merelegakan demam panas.Ambil tiga helai daun sirih,ramas dengan sedikit air kemudian dijaramkan di kepala.

DAUN BUNGA TAHI AYAM



Bunga tahi ayam sejenis tanaman yang biasanya tumbuh liar di tepi jalan atau di kawasan tanah terbiar.Ia juga ditanam di kawasan kediaman kerana bunganya yang cantik berwarna jingga,merah terang,merah jambu,ungu dan kuning.Berasal dari keluarga Verbenaceae,bunga tahi ayam yang dikenali sebagai Lantana Camara Linn dari segi saintifik,berkesan dalam perubatan tradisional untuk mengubati penyakit sengal tulang.Daunnya diramas-ramas dalam air kemudian disapu pada sendi.Selain daripada sengal tulang,air ramasan daun bunga tahi ayam juga mujarab untuk meredakan demam,terutamanya di kalangan kanak-kanak.Airnya hendaklah dijaram di kepala beberapa kali untuk menurunkan suhu panas.Satu lagi kegunaaan tumbuhan bunga tahi ayam,yang juga dikenali sebagai bunga asam senyur di setengah tempat,ialah untuk mengubati luka atau ulser.Daunnya ditumbuk hingga lumat kemudian disapu ke bahagian yang luka.

Wednesday, June 4, 2008

Kulit Kayu Manis


Haid sering kali menimbulkan masalah pada wanita.Senggugut,sakit pinggang dan jerawat adalah di antara masalah-masalah yang dialami akibat perjalanan darah haid yang tidak betul.