Monday, June 16, 2008

DAUN BUNGA TAHI AYAM



Bunga tahi ayam sejenis tanaman yang biasanya tumbuh liar di tepi jalan atau di kawasan tanah terbiar.Ia juga ditanam di kawasan kediaman kerana bunganya yang cantik berwarna jingga,merah terang,merah jambu,ungu dan kuning.Berasal dari keluarga Verbenaceae,bunga tahi ayam yang dikenali sebagai Lantana Camara Linn dari segi saintifik,berkesan dalam perubatan tradisional untuk mengubati penyakit sengal tulang.Daunnya diramas-ramas dalam air kemudian disapu pada sendi.Selain daripada sengal tulang,air ramasan daun bunga tahi ayam juga mujarab untuk meredakan demam,terutamanya di kalangan kanak-kanak.Airnya hendaklah dijaram di kepala beberapa kali untuk menurunkan suhu panas.Satu lagi kegunaaan tumbuhan bunga tahi ayam,yang juga dikenali sebagai bunga asam senyur di setengah tempat,ialah untuk mengubati luka atau ulser.Daunnya ditumbuk hingga lumat kemudian disapu ke bahagian yang luka.

No comments: